Nasi Goreng Kampung Mudah dan Sedap

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan resepi nasi goreng kampung yang mudah dan sedap. Saya percaya mesti ramai yang sukakan nasi goreng kampungkan? Kalau pergi ke mana-mana kedai makan terutamanya kedai masakan thailand, nasi goreng kampung adalah salah satu pilihan nasi goreng kegemaran saya dan suami.

nasi goreng kampung

Kebetulan hari ini ada lebihan nasi yang saya masak semalam dan masih elok. Kalau nak dibuang sayang pulak nasi tu. So, menu yang paling mudah dan cepat sudah tentu la nasi gorengkan! Jom kita masak goreng-goreng. Hehe.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat nasi ni biasanya adalah ikan bilis, cili padi dan kangkung. Ikan bilis mestilah di goreng terlebih dahulu sehigga garing sebelum di masukkan ke dalam nasi goreng kampung ni. Saya juga menggunakan sedikit belacan untuk menambah kesedapannya. Cili padi pula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tahap kepedasan yang disukai. Nasi goreng kampung ini juga sesuai dihidangkan bersama telur goreng. Selamat mencuba!

Selain daripada resepi ni, saya juga pernah kongsikan beberapa resepi nasi goreng yang lain seperti nasi goreng belacan dan nasi goreng tomyam. Ni antara nasi goreng favorite saya yang selalu saya buat atau order bila makan di kedai. Hehe

Kalau nak lebih senang faham cara untuk membuatnya, jom layan video resepi yang saya sediakan kat atas. Jangan lupa like Facebook kami dan subscribe YouTube Channel kami untuk dapatkan lebih banyak video resepi yang terbaru dan menarik.

Bahan-bahan nasi goreng kampung:

  • 1 sb Ikan bilis
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 6-7 biji Cili Padi
  • 1 inci Belacan
  • 1 biji Bawang Besar
  • Garam
  • Kangkung
  • 2 cawan Nasi
  • Ikan Bilis (digoreng sehingga garing terlebih dahulu)

Cara-cara membuat nasi goreng kampung:

  1. Tumbuk ikan bilis, bawang putih, cili padi, belacan dan bawang besar.
  2. Panaskan sedikit minyak (lebih sedap gunakan minyak lebihan goreng ikan bilis) dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam secukupnya dan kangkung. Kacau sebentar.
  4. Kemudian, masukkan nasi dan kacau sehingga sedikit garing.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi dan kacau sebentar. Siap untuk dihidangkan.
nasi goreng kampung
nasi goreng kampung

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top