Meatball Spagheti Yang Mudah & Cepat Penyediannya

Assalamualaikum. Hai semua. Apa khabar? Bertemu lagi di entri kali ini. Bila cuti hujung minggu banyak betul kerja yang nak di selesaikan. Mana nak basuh baju, nak lipat baju, nak iron baju, nak berkebun, nak hantar anak-anak pegi kelas tuisyen dan macam-macam lagi la, pendek kata bagi ibu yang bekerja memang sibuk dan semua perkara nak kena siapkan dengan cepat, termasuk la nak memasak untuk keluarga. Hehe. Masa ni la saya fikir nak buat hidangan yang ringkas dan senang je untuk di masak supaya boleh cepat habiskan semua kerja di rumah. Haha. So, salah satu menu yang paling senang dan mudah untuk di masak ialah meatball spagheti, sebab hanya menggunakan bahan readymade je.

Dalam resepi ni saya menggunakan bebola daging so, kalau korang rajin boleh buat bebola daging sendiri dengan menggunakan daging segar yang dikisar. Tapi kali ni saya hanya menggunakan bebola daging sejuk beku yang dibeli di pasaraya sahaja. Maklum la, nak senang dan cepatkan. Hehe. Korang boleh juga tukar bebola ayam jika tidak suka bebola daging, ikut la selera dan citarasa masing-masing.

Untuk sosnya pula saya menggunakan sos spageti yang boleh di dapati di mana-mana pasaraya atau di kedai runcit. Selain spageti, boleh gunakan pasta jenis lain seperti macaroni, peanne atau sebagainya. Kalau korang nak spageti ni rasa pedas, boleh campurkan serbuk cili ke dalam kuah spageti. Sayur juga boleh ditambah seperti lobak merah, brokoli atau sebagainya ikut selera sendiri. Selain tu, korang boleh juga cuba resepi cheezy meatball dengan cheese yang meleleh ni. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video meatball spagheti kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru yang memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk meatball spagheti:

Bahan untuk spagheti:

  • Spageti
  • Minyak Masak
  • Garam
  • Parsli

Bahan untuk sos:

  • 1/2 biji Bawang Holland
  • 2 biji Bawang Putih
  • Bebola Daging
  • 300 gram Sos Spaghetti
  • 1 sudu besar Sos Tomato
  • 1 sudu besar Sos Cili
  • Gula
  • 1 sudu kecil Herba Campuran
  • Lada Benggala
  • Keju Parmesan

Cara-cara untuk membuat meatball spagheti:

  1. Rebus spageti dengan sedikit minyak masak dan garam sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk dan letak sedikit minyak serta daun parsli. Kacau hingga rata dan ketepikan.
  3. Untuk membuat sos spagheti, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan bebola daging dan kacau sehingga sedikit garing.
  5. Kemudian, masukkan sos spagheti dan sedikit air dan kacau sehingga bebola daging masak.
  6. Tambahkan pula sos tomato, sos cili, gula dan garam secukup rasa serta herba campuran. Kacau sehingga sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan lada benggala dan kacau sekejap sahaja dan siap.
  8. Boleh di hidangkan bersama spageti yang telah di rebus tadi.
Meatball Spagheti
Meatball Spagheti
Meatball Spagheti

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top