Hi semua dan assalamualaikum. Minggu depan hari lahir anak kedua saya. Biasanya saya akan sambut hari lahir dia di rumah sahaja. Tapi kali ini anak saya nak sambut hari lahirnya di tadika. Nak ajak kawan-kawan makan kek sama-sama dia kata. Hehe. Saya bercadang untuk membuat mini oreo cheesecake untuk diletakkan dalam goodies bag yang akan diberikan kepada rakan-rakan sekelas anak saya nanti. Mini oreo cheesecake ni bukan sahaja comel, malah sangat sedap. Kombinasi keju dan oreo dalam cheesecake ni sangat sesuai dan sedap jika bergabung. So, hari ni saya ingin kongsikan resepi mini oreo cheesecake tu kepada korang semua. Saya juga pernah kongsikan beberapa jenis cheesecake yang lain sebelum ni. Antaranya ialah chocolate cheesecake , durian cheesecake dan macam-macam lagi.
Cara penyediaan mini oreo cheesecake ni tak la susah sangat. Bahan-bahannya pun tak rumit dan tak banyak. Bagi yang baru cuba nak berjinak-jinak atau belajar buat cheesecake tu, elok rasanya kalau cuba buat mini oreo cheesecake ni. Hehe. Pastikan korang guna krim keju yang berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sedap dan krim keju perlu la lembut dan berada dalam suhu bilik. Jika tiada yogurt boleh gantikan dengan whipping cream dan tambahkan satu sudu kecil jus lemon semasa membancuh adunan. Oreo hancur yang digunakan di dalam adunan cheesecake ni tidak perlu terlalu halus. Lebih elok jika ada oreo yang kasar sedikit kerana lebih sedap untuk di makan nanti. Kepada peminat oreo dan cheesecake wajib cuba resepi mini oreo cheesecake yang lemak dan berkrim ni tau! Selamat mencuba.
Saya ada sediakan video mini oreo cheesecake kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Mini Oreo Cheesecake:
- 500 Gram Krim Keju
- 1/2 Cwn @ 100 Gram Gula Kastor
- 1/2 Cawan @ 140 Gram Yogurt
- 2 Biji Telur
- 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
- 1 Cawan @ 10 Keping Oreo (dihancurkan)
- Biskut Oreo Secukupnya
Cara-Cara Untuk Membuat Mini Oreo Cheesecake:
- Pukul krim keju dengan gula kastor sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan yogurt dan pukul sebati.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga semuanya rata dan sebati.
- Tambahkan oreo dan kacau rata menggunakan spatula sahaja. Jangan gunakan mixer kerana akan menyebabkan biskut oreo terlalu halus.
- Sediakan paper cup yang bersesuaian dan masukkan sekeping biskut oreo di dasarnya.
- Kemudian, masukkan adunan krim keju tadi sehingga penuh.
- Bakar pada suhu 175°C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing kerana suhu oven berlainan bagi setiap oven.
- Untuk cek samada kek keju ni dah masak atau belum, boleh sentuh permukaan kek. Jika tidak melekat pada jari bermakna kek sudah masak. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo