Blueberry Crumble Cake Rasa Masam Manis Dengan Crumble Rangup!

Hi semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya akan kongsikan satu lagi resepi kek iaitu kek bluberri dengan crumble. Esok ada jamuan di ofis suami saya, jadi saya bercadang nak buat kek untuk dia bawa ke ofisnya. Mula-mula saya nak buat kek blueberi biasa sahaja, tapi teringat pula jika ditambahkan dengan crumble sudah tentu kek ni akan jadi lebih sedap dan menarik. Gabungan rasa masam, manis, rangup ditambah pula dengan rasa kek yang lembut dan gebu membuatkan blueberry crumble cake ni lagi best! Saya juga pernah kongsikan resepi kek lain yang menggunakan crumble iaitu kek buah pastry yang viral.

Cara untuk membuat blueberry crumble cake ni lebih kurang macam buat kek mentega biasa tu, cuma ada tambahan parutan lemon untuk rasa yang lebih sedap dengan campuran blueberi. Boleh gunakan blueberi segar ataupun frozen. Kalau guna blueberi frozen, boleh terus masukkan yang beku tu ke dalam kek. Tak perlu nyahbeku. Jika korang tak suka makan bluberri boleh juga gantikan dengan strawberi, rasberri atau buah-buahan yang lain. Gandakan adunan jika nak buat kek lebih besar dan banyak. Part yang paling sedap untuk kek ni ialah crumblenya. Rasa rangup dan manis crumble tu akan menyedapkan lagi kek ni. Crumble ni boleh digunakan untuk pelbagai jenis kek yang lain serta boleh juga diletakkan di atas cream puff, cream horn ataupun biskut. Bagi korang yang belum pernah rasa keenakkan blueberry crumble kek ni, korang boleh cuba resepi ni yang pasti tidak akan mengecewakan. Hehe.. Selamat mencuba!

Tapi sebelum korang cuba buat blueberry crumble cake ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya senang faham cara penyediaan dan membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Blueberry Crumble Cake:

Bahan untuk crumble:

  • 100 gm Tepung Gandum
  • 50 gm Gula Perang
  • 50 gm Mentega Sejuk

Bahan untuk kek:

  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1 sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 125 gram Mentega
  • 3/4 cawan Gula Kastor
  • 2 biji Telur (Gred A)
  • 1 sudu kecil Parutan Kulit Lemon
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 1/2 cawan Susu Segar
  • 1 cawan Blueberi

Cara-Cara Untuk Membuat Blueberry Crumble Cake:

  1. Mula-mula sediakan crumblenya dahulu.
  2. Masukkan tepung gandum, gula perang dan mentega ke dalam mangkuk dan gaul menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan dahulu.
  3. Ayak bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Boleh ayak 2 hingga 3 kali untuk dapatkan kek yang lebih gebu. Ketepikan dahulu.
  4. Kemudian, pukul mentega dan gula menggunakan mixer sehingga betul-betul kembang dan gebu. Adunan yang telah betul-betul kembang dan gebu akan bertukar menjadi warna putih atau pucat dan ringan.
  5. Masukkan telur satu persatu. Pukul selama 1 minit setiap satu telur sebelum masukkan telur yang lain. Pukul lagi sehingga telur sebati sepenuhnya.
  6. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanila, pukul sebentar sehingga rata sahaja.
  7. Selepas itu, masukkan pula tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit di selang seli dengan susu segar sehingga habis. Mula dengan tepung dan akhirkan dengan tepung juga. Pukul dengan kelajuan perlahan dan cukup sekadar adunan sebati sahaja untuk mengelakkan kek menjadi mampat selepas di bakar nanti.
  8. Seterusnya, masukkan bluberri dan kaup balik sahaja menggunakan spatula.
  9. Sediakan loyang yang telah dioleskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas pembakar.
  10. Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan ratakan.
  11. Akhir sekali, taburkan crumble tadi di atas permukaan adunan kek sehingga penuh.
  12. Bakar pada suhu 180°C selama 40 hingga 50 minit di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga kek masak mengikut oven masing-masing. Cucuk dengan pisau atau lidi untuk tengok bahagian dalam kek masak atau tidak.
  13. Kalau dekat pisau atau lidi tu masih ada adunan cair yang masih melekat maksudnya kek masih belum masak lagi. Tambah lagi masa memasak dan cek sehingga tiada lagi adunan yang melekat pada lidi. Siap sedia untuk dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top