Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak masak lunch yang simple je.. Stok lauk semua dah habis, belum sempat lagi nak beli dan tambah lauk. Yang tinggal cuma ikan siakap je. So, hari ni saya nak kongsikan resepi ikan siakap asam jawa. Sajian ni walaupun nampak sangat ringkas dan mudah, tapi ianya tetap sedap dan menyelerakan. Hidangan ikan siakap asam jawa ni boleh di makan untuk 2 hingga 3 orang. Jika ingin hidangan yang lebih banyak tambah sahaja ikannya dan gandakan bahan-bahan untuk kuah. Selain dari ikan siakap asam jawa ni, saya juga pernah kongsikan beberapa resepi yang berasaskan ikan sebelum ni. Antaranya ialah ikan masak ala thai, masak lemak ikan dengan belimbing hitam, ikan bakar sambal berempah dan macam-macam lagi.
Nak buat resepi ikan siakap asam jawa ni senang je dan bahannya pun tak banyak. Ikan siakap boleh digantikan dengan ikan lain seperti ikan bawal, ikan tenggiri, ikan talapia atau sebagainya ikut selera dan citarasa masing-masing. Ikan siakap ni saya salutkan dahulu dengan sedikit garam dan tepung jagung tujuannya supaya ianya lebih rangup dan sedap selepas di goreng. Untuk kuahnya boleh letak bahan-bahan ikut selera sendiri. Selamat mencuba.
Saya ada sediakan video cara penyediaan ikan siakap asam jawa ni di atas. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Ikan Siakap Asam Jawa:
Bahan untuk ikan:
- Ikan Siakap
- Tepung Jagung
- Garam
Bahan lain:
- 2 Ulas Bawang Putih
- 3 Biji Cili Padi
- 1/2 Cawan Air Asam Jawa
- Gula Melaka @ Gula Kabung
- 1 Sudu Besar Sos Ikan
- Garam
- Lada Benggala
- 1/2 Sudu Besar Tepung Jagung (dibancuh dengan air)
Cara-Cara Untuk Membuat Ikan Siakap Asam Jawa:
- Salutkan ikan siakap yang telah dibersihkan dengan tepung jagung dan garam sehingga rata pada keseluruhan ikan. Perapkan seketika selama 10 hingga 15 minit.
- Kemudian, panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili padi, air asam jawa, gula melaka @ gula kabung dan sos ikan. Kacau rata sehingga gula larut.
- Tambahkan sedikit garam jika perlu dan lada benggala.
- Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sedikit likat.
- Tuang kuah di atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo