Brownies Tanpa Telur (Eggless Brownies)

Assalamualaikum.. Ada yang suka dengan brownies tapi alegik atau tak suka dengan telur? Ha korang boleh try resepi brownies tanpa telur ni. Walaupun tak menggunakan telur, brownies ni tetap lembut dan moist. So jangan risau ye. Hasilnya pasti memuaskan. ūüėČ

brownies tanpa telur

Resepi ni saya ambil daripada blog the sisters . Banyak resepi yang best kat blog the sister ni dan resepinya pun sangat mudah. Boleh la korang usha blog the sister tu.

Macam biasa resepi yang saya kongsikan selalunya memang saya cari resepi yang senang-senang je, termasuklah resepi brownies tanpa telur. Tak perlu mixer pun nak buatnya. Cukup sekadar pukul dengan menggunakan whisk. Lagipun memang tekstur brownies agak kasar. So tak perlu pukul adunan sehingga kembang dan gebu macam adunan kek. Pukul setakat adunan menjadi sebati je. Senangkan?

Selain daripada brownies tanpa telur, saya juga pernah membuat pelbagai jenis brownies yang lain seperti brownies coklat dan brownies kedut. Nak lagi best boleh cuba brownies cheese. Red velvet brownies pun ada. Saya suka buat brownies ni sebab cara nak buatnya memang sangat senang berbanding membuat kek dan rasanya juga sedap dan kebanyakkan brownies memang lebih moist berbanding sesetengah jenis kek.

Kalau nak lebih senang belajar buat brownies tanpa telur ni boleh tengok caranya dalam video kat bawah ni. Jangan lupa subscribe tau. Hehe..

Advertisements

Bahan-bahan brownies tanpa telur:

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Serbuk Koko
  • 1 Sb Tepung Jagung
  • 1/2 sk Soda Bikabonat
  • 1/8 sk Garam
  • 3/4 Cawan Gula
  • 1/4 Cawan Minyak Masak
  • 1 Cawan Susu Cair
  • Kepingan Badam

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan juga garam. Ketepikan.
  2. Pukul gula, minyak masak dan juga susu cair dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak tadi.
  4. Kacau sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai dan tabur badam sebagai hiasan jika suka.
  6. Bakar pada suhu 150¬įc selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu)
Advertisements

brownies tanpa telur

brownies tanpa telur

brownies tanpa telur

brownies tanpa telur


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.