Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Bertemu lagi kita dalam entri kali ini. Kali ini saya nak kongsikan resepi ayam goreng kunyit ala Thai yang memikat selera dan pastinya sangat sedap.
Bila tengah lapar, nasi putih dan lauk simple pun dah nampak cukup sedapkan? Antara lauk yang simple dan sedap adalah ayam goreng kunyit. Betul tak? Hehe. Tapi kalau ayam goreng kunyit dah biasa sangatkan, apa kata korang try buat resepi ayam goreng kunyit ala thai ni pulak.
Bahan asasnya adalah ayam yang digoreng bersama garam dan kunyit. Dalam resepi ni saya menggunakan bawang putih, cili padi, sos ikan dan beberapa bahan lain yang memberi kelainan dari ayam kunyit biasa dan membangkitkan rasa ala thai pada ayam tersebut. Korang boleh tambah serai dan daun limau purut dalam masakan ini jika suka. Sayur juga boleh ditambah seperti lobak merah, bunga kobis, buah tomato dan sebagainya mengikut kesesuaian dan selera masing-masing.
Terdapat pelbagai resepi ayam yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Antara yang menjadi kegemaran saya ialah ayam goreng cili padi, ayam bakar mayonis dan ayam masak bali.
Sebelum korang cuba buat resepi ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk like Facebook kami yea.
Bahan-bahan ayam goreng kunyit ala thai:
- 200 gm Ayam
- Garam
- Kunyit
- 4 ulas Bawang Putih
- 1/2 inci Halia
- 5-10 Tangkai Cili Padi
- 1 sb Sos Ikan
- Kacang Panjang
- Bawang Holland
- Air
- Cili Besar Merah
Cara-cara membuat ayam goreng kunyit ala Thai:
- Campurkan ayam dengan garam dan kunyit ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Goreng ayam sehingga garing, angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau.
- Kemudian masukkan sos ikan. Kacau rata.
- Tambahkan kacang panjang dan hirisan bawang holland.
- Masukkan sedikit air serta cili besar merah dan kacau lagi.
- Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga rata kesemuanya, tunggu sehingga sedikit kering dan boleh la diangkat dan dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo