Assalamualaikum hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi agar-agar yang menarik dengan menggunakan roti dan juga dark sweet cherry. Cherry ni selalunya digunakan untuk membuat kek Black Forest seperti yang dijual di kedai-kedai kek. Cherry ni boleh beli di kedai bakeri ataupun pasaraya. Ianya ada dalam tin macam buah-buahan biasa yang dijual di dalam tin. Untuk agar-agar ni korang wajib buat sos vanilla sekali sebab sos ni akan menyedapkan lagi rasa agar-agar ni. Selamat mencuba.
Sebelum korang cuba buat resepi agar-agar roti marble black cherry ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahannya:
- 1.3L Air
- 180ml Air Ceri Manis Gelap
- 25gm Serbuk Agar-Agar
- 150gm Gula
- Ceri Manis Gelap
- 400-450gm Roti Putih
- 500ml Susu Penuh Krim
- 2 Biji Kuning Telur
- 80gm Gula
- 1 Sudu Besar Tepung Jagung
- 1 Sudu Kecil Esen Vanila
Cara-cara untuk membuatnya:
- Asingkan air ceri manis gelap dan buahnya. Potong dua buah ceri. Ketepikan dahulu.
- Masukkan air, air ceri manis gelap yang telah diasingkan tadi dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak dan kacau sampai agar-agar larut. Kemudian, masukkan gula dan kacau lagi sehingga mendidih selama lebih kurang 5 minit. Angkat.
- Sediakan acuan yang sesuai, susunkan buah ceri manis gelap yang dipotong tadi di dasar acuan. Masukkan sedikit agar-agar yang telah masak tadi supaya ceri tidak bergerak dan keraskan sekejap di dalam peti ais.
- Bila agar-agar dah keras, susunkan pula roti putih yang telah dipotong-potong diatasnya. Kemudian, taburkan sesikit lebihan ceri tadi dan tuangkan lagi agar-agar diatasnya sehingga roti sedikit tenggelam. Masukkan ke dalam peti ais dan keraskan sekejap. Ulang lagi proses lapisan demi lapisan yang sama sehingga semua agar-agar dan bahan-bahan lain habis. Bila dah siap semuanya simpan agar-agar di dalam peti ais sehingga agar-agar keras sepenuhnya.
- Langkah seterusnya, sediakan sos pula. Masukkan susu segar ke dalam periuk, panaskan sekejap sehingga naik wap dan berbuih kecil. Angkat.
- Pukulkan kuning telur dengan gula di dalam mangkuk hingga sebati sahaja. Ambil sedikit susu tadi dan masukkan ke dalam mangkuk telur dan kacau hingga gula larut dan masukkan semula ke dalam periuk yang ada susu tadi. Kacau sekejap hingga rata.
- Kemudian, masak semula susu dan masukkan air bancuhan tepung jagung ke dalamnya. Kacau sentiasa supaya susu tidak mudah hangit dan berketul-ketul. Masak sehingga susu sedikit pekat dan masukkan pula esen vanilla. Kacau sekejap dan boleh angkat.
- Akhir sekali, keluarkan agar-agar yang telah keras tadi dari acuan. Boleh curahkan sos di atas agar-agar dan sedia untuk di makan. Siap!
Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo