Japanese Cotton Cheesecake Gebu dan Moist

Assalamualaikum. Masuk hari ni, dah lebih kurang 3 minggu anak saya memulakan persekolahannya. Dan mood dia nak ke sekolah semakin stabil. Hari pertama dia memang sangat bersemangat nk pergi ke sekolah. Lepas 3 4 hari, dia dah mula macam boring dan tak nak ke sekolah. Puas jugak la nak memujuknya. Mungkin dia tak nak ke sekolah sebab tak bebas bermain macam kat rumah agaknya. Hehe.. Lepas 3 hari, alhamdulillah dia dah ok dan dah boleh adapt alam persekolahan. Bila dah ok, hari-hari dia bersemangat nak pergi sekolah. Tengah malam pun ajak pergi sekolah lagi. Haha.. Since anak saya dah ok dengan persekolahan dia, baru la saya ada masa sikit nak spend time kat dapur. Dah lama tekak ni teringin nak makan japanese cotton cheesecake ni sebenarnya. Cuma tak ada masa yang nak buat. Suami saya pun minat sangat dengan kek ni. So hari ni saya nak buat la cotton cheesecake ni. Rasanya nak buat kek ni tak la susah sangat. Cuma kena hati-hati masa buat meringue (campuran putih telur dan gula). Kalau meringue menjadi, insyaAllah kek ni akan jadi sangat gebu dan moist macam cheesecake yang dijual kat kedai-kedai tu.

Kat bawah ni saya ada kongsikan tips untuk mendapatkan meringue yang gebu. Sebelum tu, boleh tengok dulu video cotton cheesecake yang saya buat kat bawah ni. Then boleh la subscribe YouTube channel buat orang lapo untuk dapatkan pelbagai resepi ok.. ????

BAHAN A :

  • 250 gm Cream Cheese
  • 50 gm Butter
  • 150 ml Susu Segar
  • 6 biji Kuning Telur
  • 1 sudu besar Jus Lemon
  • 1/4 sudu kecil Garam
  • 60 gm Superfine Flour
  • 20 gm Tepung Jagung

BAHAN B :

  • 150 gm Gula Kaster
  • 6 biji Putih Telur
  • 3/4 sudu kecil Jus Lemon @ krim of tartar

Cara-cara  :

BAHAN A :

  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan cara double boil. Sejukkan sebentar.
  2. Didalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati.
  3. Masukkan adunan cheese yang telah dicairkan dan disejukkan tadi dan gaul rata dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  4. Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. Tapiskan adunan jika tepung masih berketul.

BAHAN B :

  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih (foamy). Masukkan jus lemon @ krim of tartar.
  2. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan 1/3 bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati secara kaup balik. Kemudian campur lagi lebihan bahan B sehingga habis. Gaul sebati.
  4. Sediakan loyang yang bersaiz 8inci. Sapukan dengan mentega dan alas dengan baking paper. Kalau guna loose-base pan, balutkan sekeliling luar loyang dengan aluminium foil.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160°C dengan api atas bawah. Bakar selama lebih kurang 1 jam dengan kaedah bain marie atau steambath atau mengikut kapasiti oven masing-masing hingga masak.
  6. Setelah masak, renggangkan sedikit pintu oven dan lalukan keliling cake tu dengan pisau supaya kek tidak turun. Biarkan kek sejuk sebentar di dalam oven selama lebih kurang 10-15 minit sebelum dikeluarkan.

Note :

  • Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang kek tu dalam tray yang berisi air panas mendidih dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Tips:

  • Pastikan mixer kering dan betul betul bersih terutamanya dari berminyak.
  • Putih telur mestilah pada suhu bilik dan jangan ada sedikit pun kuning telur yang termasuk semasa mengasingkannya.
  • Boleh asingkan telur putih dan kuning ketika telur baru keluar dari fridge. Lebih mudah untuk diasingkan kerana telur agak keras dan juga buang tali pusatnya supaya tidak hanyir kek kita nanti. Kemudian baru dibiarkan pada suhu bilik.

Ok dah siap.. Boleh la cuba buat. Kesedapan kek ni memang speechless, tak terkata sedapnya bila kek ni masuk kat mulut. Macam mencair kat dalam mulut sebab kelembutan dan kegebuan yang teramat sangat. ???
japanese cotton cheesecake

japanese cotton cheesecake

japanese cotton cheesecake

japanese cotton cheesecake


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top