Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita dalam entri kali ini dengan resepi cheese butter garlic bread. Cuti sekolah dah berakhir. Bila bukak sekolah je mesti la ibu-ibu semua sibuk dengan anak-anak yang nak masuk sekolah. Mana nak sediakan pakaian sekolah, beg sekolah, nak susun buku sekolah, nak balut buku dan bermacam-macam lagi kerja yang perlu dibuat dan disediakan untuk anak-anak. Sampai kadang-kadang rasa tak cukup tangan nak buat semuakan? Hehe. Macam tu la jugak saya yang ada 3 orang anak yang bersekolah. Sibuk sentiasa dari pagi sampai la ke malam. Hehe.
Cakap pasal sekolah ni mesti pada waktu pagi ibu-ibu semua nak sediakan sarapan untuk anak-anak sebelum pergi ke sekolahkan. Bagi ibu-ibu yang bekerja sudah tentulah nak sediakan sarapan yang senang dan simple. Jadi saya nak kongsikan resepi roti mentega bawang putih yang mudah dan senang untuk disediakan. Ada pelbagai cara untuk membuat roti mentega bawang putih ni. Salah satu caranya korang boleh lihat resepi roti mentega bawang putih yang pernah saya buat sebelum ini.
Pelbagaikan resepi
Kali ini pula, saya nak kongsikan resepi roti mentega bawang putih yang dicampur dengan keju. Dalam resepi ni saya menggunakan daun parsli kering yang boleh di dapati di mana-mana pasaraya. Boleh juga guna daun parsli segar ataupun digantikan dengan daun ketumbar. Bahan-bahan lain juga boleh ditambah dalam resepi ni seperti daun basil, oregano dan sebagainya. Roti juga boleh gunakan roti wholemeal atau apa-apa jenis roti kesukaan masing-masing.
Roti mentega bawang putih dengan keju ni boleh di makan begitu sahaja atau dimakan bersama sos cili atau mayonis untuk rasa yang lebih sedap. Korang boleh cuba resepi ni untuk sarapan atau dijadikan sebagai bekal untuk anak-anak ke sekokah. Saya pasti mesti anak-anak suka. Hehe.
Sebelum nak buat cheese butter garlic bread ni, korang boleh tengok video yang saya sediakan di atas untuk lebih mudah dan senang faham cara membuatnya. Kalau nak resepi lain yang lebih best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami dan jangan lupa like Facebook kami.
Bahan-bahan cheese butter garlic bread:
- 60 gm @ 1/4 cawan Mentega
- 60 gm @ 1/4 cawan Krim Keju
- 30 gm @ 1/4 cawan Keju Parmesan (parut)
- 1 sb Parsli Kering
- 4 ulas Bawang Putih
- Roti
Cara-cara membuat cheese butter garlic bread:
- Campurkan mentega, krim keju dan keju parmesan ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
- Masukkan daun parsli kering dan bawang putih. Kacau rata.
- Kemudian, ambil roti dan sapu rata adunan ke atas roti.
- Akhir sekali, bakar roti di atas kuali sehingga masak dan sedikit garing. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo