Brownies Labu Kombinasi Mantap Dan Memukau

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak share dengan korang resepi yang agak rare sikit iaitu brownies labu.. Walaupun nampak macam pelik, tapi rasa coklat dan labu tu memang sangat ngam!! Sampai suami saya pun tanya, boleh ke brownies dan labu digandingkan?? Jawapannya boleh. Hehehe.. Dan rasanya pula jangan cakap la, memang mantap sampai tak boleh stop makan. Satu slices memang tak cukup, lebih-lebih lagi makan semasa panas-panas memang sekejap je dah habis setengah loyang. Haha! Sejujurnya saya sendiri pun firstime makan brownies labu ni. Tapi tak sangka pula dengan kombinasi kedua-duanya menjadikan brownies labu ni sangat sedap dan kejadiannya juga lembut dan moist je. Labu biasanya dibuat masak lemak atau beberapa jenis kuih tradisional lainkan, tapi tidak salah jika sekali sekala kita tukar dan buat kelainan dengan menggabungkan labu dan brownies.. Hehe.. Untuk pengetahuan korang, labu ni saya dapat dari FAMA. Pihak FAMA bebesar hati menaja sayur-sayuran serta beberapa produk asas tani kepada team buat orang lapo. Di sini saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FAMA atas kerjasama yang telah dijalinkan. Semoga dapat bekerjasama lagi di masa akan datang.

Sebenarnya, ada pelbagai jenis resepi brownies yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Antaranya ialah brownies kedut, red velvet brownies, fudgy brownies dan lain-lain lagi. Tetapi, brownies labu ni adalah kombinasi yang paling sedap pernah saya buat setakat ni. Hehe.. Resepi brownies ni saya gunakan resepi brownies yang lebih kurang sama macam sebelum ni. Seperti biasa untuk mendapatkan brownies yang betul-betul sedap pastikan guna coklat masakan yang berkualiti dan premium. Saya gunakan coklat masakan gelap jenama callebout. Jika tiada, boleh gantikan dengan coklat berryl’s, van houten atau sebagainya.

Untuk bahagian labu pula, saya gunakan labu segar yang direbus dan dikisar halus untuk mendapatkan teksture brownies yang lembut dan halus. Minyak jagung boleh gantikan dengan minyak masak biasa. Untuk tepung gandum pula boleh gantikan dengan tepung naik sendiri. Pastikan tepung di ayak dahulu sebelum digunakan. Korang juga boleh letak apa-apa hiasan di atas brownies labu ni seperti hirisan badam, pecan, walnut atau cip coklat, coklat urai dan sebagainya di atas untuk nampak lebih cantik dan menarik. So, bagi peminat brownies wajib cuba resepi ni untuk merasai sendiri kelazatan dan kelembutannya. Korang cuba la buat okay!

Saya ada sediakan video cara penyediaan brownies labu kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Brownies Labu:

  • 70 gram Coklat Compound
  • 120 gram Mentega
  • 150 gram Gula Kaster
  • 4 biji Telur (Gred A)
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 190 gram Labu (timbang labu selepas dikisar)
  • 30 ml Minyak Jagung

Cara-Cara Untuk Membuat Brownies Labu:

  1. Rebus labu sehingga empuk.
  2. Sementara itu, cairkan coklat dengan mentega menggunakan kaedah double boiler. Angkat dan biarkan coklat sejuk seketika.
  3. Setelah labu empuk, angkat dan toskan airnya dan buang kulit labu. Kalau nak buang kulit labu sebelum rebus pun boleh juga.
  4. Kisar atau lenyek labu sehingga betul-betul halus. Ketepikan dahulu.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul gula kaster dan telur menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga sebati lebih kurang 2 hingga 3 minit.
  6. Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga nampak sedikit kembang.
  7. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat yang telah diayak terlebih dahulu dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati sahaja.
  8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  9. 1 bahagian campurkan dengan labu yang telah dikisar tadi dan minyak jagung. Kacau adunan sehingga sebati.
  10. 1 bahagian lagi, campurkan dengan coklat yang telah dicairkan tadi dan kacau sebati.
  11. Sementara itu boleh panaskan oven dahulu.
  12. Sediakan loyang bersesuaian yang telah dioles dengan mentega dan dialas dengan kertas pembakar.
  13. Tuangkan lebih adunan brownies ke dalam loyang dan tinggalkan sedikit untuk hiasan dan corak di atas brownies nanti.
  14. Kemudian, tuangkan semua bahagian adunan labu tadi dan ratakan.
  15. Ambil lebihan brownies tadi letakkan di atas permukaan adunan labu dan buat la apa-apa corak yang disukai mengikut kreativiti masing-masing.
  16. Bakar pada suhu 180°C selama 45 hingga 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Cucuk dengan lidi untuk cek bahagian dalam masak atau tidak.
  17. Kalau dekat lidi tu masih ada adunan cair yang melekat maksudnya kek masih belum masak lagi. Jangan risau jika kek masih belum masak, boleh tambahkan lagi masa sehingga brownies betul-betul masak. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Brownies Labu
Brownies Labu
Brownies Labu

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Scroll to Top