Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang agak lain dari yang lain iaitu puding roti ayam. Sebelum ni saya pernah buat beberapa jenis resepi puding roti yang manis antaranya ialah puding roti sos kastard, puding roti coklat, puding roti butterscotch, puding roti pisang. Tapi, kali ni saya buat puding roti versi yang masin pula. Mungkin ada yang agak pelik tapi pada selera saya, rasanya memang sangat sedap. Rasa puding roti ayam ni lebih kurang seperti rasa kuih talam berlauk. Puding roti ayam ni juga sangat mengeyangkan. Boleh juga dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah untuk kelainan sebagai ganti kepada nasi atau makanan berat yang lain.
Dalam resepi ni saya menggunakan roti daripada lebihan buat aiskrim goreng sebelum ni, boleh tengok resepinya di sini. Kalau tak ada lebihan roti, boleh juga gunakan apa-apa jenis roti yang lain samada roti putih biasa atau roti gandum penuh untuk lebih sihat. Bagi yang tak suka ayam boleh gantikan dengan daging kisar, tuna atau sardin ikut selera dan citarasa masing-masing. Jika tiada susu segar boleh guna susu cair sahaja. Roti yang telah dicampur dengan susu perlu direhatkan selama 30 minit supaya roti kembang dan semua bahan-bahan meresap ke dalam roti.
Untuk keju pula boleh gunakan keju cheddar atau mozarella, ataupun korang boleh campurkan kedua-dua jenis cheese sekali untuk rasa yang lebih sedap. Korang juga boleh letak atau tambah apa-apa bahan yang lain mengikut selera sendiri seperti sosej, jejari ketam, cili benggala, cendawan, lobak merah dan sebagainya. Puding roti ayam ni sedap di makan semasa panas-panas. Lebih sedap jika di makan dengan cili sos dan mayonis. So, kalau korang sukakan pencuci mulut yang masin, resepi ni memang sangat sesuai untuk dicuba. Puding roti ayam ni juga boleh dijadikan sebagai hidangan minum petang.. Okay, selamat mencuba semua!
Saya ada sediakan video cara penyediaan puding roti ayam ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Puding Roti Ayam:
- 2 Sudu Besar Mentega
- 1/2 Biji Bawang Holland
- 2 Ulas Bawang Putih
- 200 Gram Ayam Dipotong Dadu
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
- Daun Ketumbar
- 250 Gram Roti
- 2 Cawan Susu Penuh Krim
- 2 Biji Telur
- Garam
- Keju Cheddar
Cara-Cara Untuk Membuat Puding Roti Ayam:
- Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan isi ayam, garam secukup rasa dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga sedikit garing.
- Tambahkan daun ketumbar dan kacau rata. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Seterusnya potong roti kepada kepingan kecil. Ketepikan.
- Dalam mangkuk yang besar, masukkan susu segar, telur dan garam. Pukul sehingga sebati.
- Masukkan roti dan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sehingga semuanya sebati.
- Rehatkan selama lebih kurang 30 minit.
- Kemudian, masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan mentega dan di lapik dengan kertas pembakar supaya tidak melekat dan mudah untuk keluarkan selepas di bakar.
- Tabur cheese di atas permukaan roti tadi. Boleh tabur banyak-banyak untuk rasa yang lebih lemak dan lemak sedap.
- Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu, pada suhu 180°C selama 45 minit atau sehingga masak keperangan bergantung kepada oven masing-masing.
- Hiaskan dengan cili besar merah dan daun ketumbar jika suka. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo