Puding Tiramisu Kastard (Custard Tiramisu Pudding)

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak kongsikan resepi puding tiramisu kastard yang paling simple dan sedap. Hehe. Resepi puding tiramisu yang ni saya sediakan bersama sos kastard yang mudah. Bahan yang digunakan juga lebih mudah untuk didapati dan juga murah berbanding original tiramisu yang menggunakan whipping cream. Walaupun menggunakan bahan yang murah dan biasa, rasa puding tiramisu kastard masih lagi sedap dan berbaloi dengan harga untuk membeli bahannya. Apa-apa pun, kalau nak resepi original tiramisu boleh tengok resepinya kat sini.

puding tiramisu kastard

Untuk layer puding tiramisu kastard, saya guna biskut marie perisa kopi sebagai perasa tiramisu. Boleh juga gunakan biskut lain yang dicicah dengan air kopi ataupun air nescafe. Air ni perlu dibancuh tanpa gula kerana dah ada sedikit rasa manis pada biskut. Disebabkan biskut marie ni nipis, boleh letak biskut 2@3 lapis kalau nak lebih tebal. Then kalau suka rasa yang sedikit pahit, boleh juga tambahkan sedikit serbuk Nescafe ke dalam Milo semasa menabur Milo di atas puding ni.

Puding tiramisu kastard ni sangat sedap dihidangkan semasa sejuk. Saya letak di dalam bekas kecil supaya lebih senang untuk dimakan kerana puding ni tak akan keras. Kalau nak letak dalam bekas yang besar, lebih elok kurangkan air semasa menyediakan kastard supaya puding lebih kental dan mudah untuk dipotong.

Sebelum nak buat puding tiramisu kastard ni, jom tengok dulu video yang saya sediakan kat bawah ni supaya lebih senang untuk faham cara penyediaan puding tiramisu kastard. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami ye untuk dapatkan lebih banyak resepi yang menarik.

Bahan-bahan Puding Tiramisu Kastard:

  • 400 ml Susu Cair
  • 400 ml Air
  • 5 Sb Tepung Kastard
  • 1/2 Cawan Susu Pekat
  • Biskut Marie (Kopi)
  • Milo

Cara-cara:

  1. Kacau susu cair, air, tepung kastard dan susu pekat sehingga tepung kastard hancur dan sebati.
  2. Kemudian masakkan adunan ini di atas dapur sehingga pekat. Gunakan api kecil. Sentiasa kacau adunan supaya tidak berketul. Biarkan adunan sejuk sedikit.
  3. Masukkan sedikit sos kastard tadi ke dalam bekas yang sesuai. Lapiskan dengan biskut marie.
  4. Tabur serbuk milo secukupnya di atas biskut tadi. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga adunan habis.
  5. Sejukkan puding tiramisu kastard di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.

Nota:

  • Boleh susun biskut dengan lebih tebal jika suka.
  • Tambahkan sedikit serbuk nesface ke dalam Milo untuk lebih rasa pahit.
  • Kurangkan sedikit air kalau nak jadikan kastard lebih pekat dan kental.

puding tiramisu kastard

puding tiramisu kastard

puding tiramisu kastard

 

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

1 Comment »

Leave a Reply